Tuesday, March 23, 2010

23 March 2010

Ada satu kasut di kedai. I've benn eyeing on it.

Tapi nak beli tak mampu. Mahal.

Nak masuk cuba pun tak berani.

Atas dasar cinta pada kasut, hari hari saya lalu depan kedai.

Selagi kasut masih berada di atas rak, hati dah cukup rasa best.

Kadang-kadang bila tak dapat lalu, rasa rindu.

Dan sejak berbulan lepas, saya perhatikan,

Kasut punya peminat yang baru.

Saya dikhabarkan, kasut sudah ada empunya,

tunggu masa untuk bayar dan dibawa balik.

Hari-hari saya perhatikan kalau kasut sudah pergi.

Semalam saya lihat kasut itu dicuba-cuba ke kaki wanita lain.

Saya masih melihat dari luar kedai.

Kabur.

Hanya kerana kaki saya kusam,

dan kaki dia gebu,

maka disitu letaknya kasut itu?

Bukankah kasut yang indah patutnya diletakkan pada kaki yang buruk,

barulah saling melengkapi?

Kabur.

Hari ini dia baru mencuba, dan kasut lain sudah memuji

'Disitu letaknya kau, wahai kasut. Di kaki wanita ini'

Nanti esok-esok apabila dia bertapak dengan kasut yang indah itu

kau akan melihat sekalian alam memuji.


Ah. Lihat sahaja kedainya, Hani.

Kau Tak Layak.


ps: Kau percaya perempuan yang baik untuk lelaki yang baik?
Aku mahu lelaki yang baik, untuk jadikan aku perempuan yang baik.

1 comment:

kaymalini said...

And among His Signs is this, that He created for you mates from among yourselves, that ye may dwell in tranquillity with them, and He has put love and mercy between your (hearts): verily in that are Signs for those who reflect.