Wednesday, May 9, 2012

Dah masuk bulan lima


From Hafiz's timeline, this one is funny. Hani likes this.

Pejam celik dah masuk bulan Mei, pejam celik beberapa hari lagi I dah 26 tahun, you. DUA PULUH ENAM. i macam biasalah, tiap-tiap tahun meroyan makin tua, makin tak berguna blah blah tapi tak pernah rasa nak majukan diri. Apakah sejenis comfort zone yang I hidup sekarang ini, kenapakah begitu selesa?

Menjengah usia 26 bukan mudah, kereta pon makin tua makin banyak ragam, tak habis-habis kereta tu je lah masalah aku kan. Orang lain dah kahwin dah beranak-pinak lah, kau tak habis-habis masalah kereta.

Duit macam biasa, makin banyak dapat makin banyak habis, tapi sekarang tak tension sebab duit ada belanja, hutang kredit kad dan loan belajar tak ada, saving haram lagi takde. kenapa kena saving? kalau mati sebelum belanja saving-saving tu apa dapat? Saving sampai seksa sampai masa tak sempat belanja pun.

Relationship-wise I dah maju dari rasa nak kahwin ke rasa nak ada boyfriend ke rasa nak ada fling-fling sahaja. Teruk ke? Bila pikir balik pernah dulu rasa nak kahwin, eee terlampau mainstream sungguh, orang kahwin kau nak kahwin kan? Now looking at life in a bigger picture, waw such a big picture!

Nampak tak I memang comfortable, tak ada push factor, tak ada rasa nak kahwin, nak duit banyak, nak tukar kerja, nak ada anak lagi langsung rasa tak ada, nak pegi holiday pon tak ada mood. memang too comfortable dengan life tak tahu kenapa. Tapi baguslah, bagus apa.

Birthday ni I cuma nak kek aiskrim je. Tu je, ok!

BTW tomorrow momma and ayah are married for 27 years. twenty seven, pergh such a huge number. I, on the other hand, makin tua makin manja dengan ayah mama hehe. Love them both!





No comments: