Sekarang bila bangun cepat sangat terasa Ya Allah Alhamdulillah bangun lagi hari ini, belum mati. Lately banyak betul orang sakit, ada pulak tengah main bola kena heart attack, scary sungguh.
Ayah Ngoh baru selamat prosedur Angioplasty kat IJN last week, Abe Li pagi tadi masuk OT for his cancer treatment, Abe Di still kt HUSM waiting for his angiogram results, Kak Leen struggle for more than 20days nak deliver her third baby, Nana kena Viral fever, Kak Ma jatuh bilik air, Bakk Aisha masuk IJN, ya Allah ramainya orang sakit,.
Semalam mama call pesan suruh pergi tengok Abe Li kt PPUM and Bakk Aisha kat IJN. Mama kata seeloknya bila tahu orang sakit ni, melawatlah kalau diizinkan, kecuali pesakit sendiri mohon jangan lawat atas sebab nak berehat, tak apalah.
Tapi semalam tak sempat, Ann ajak furniture hunting for her house, pagi ni pula kena pergi Maybank settlekan hal credit card. So visiting have to wait.
Pastu bercakap pasal kahwin dengan kawan, dengan cousin. Sorang semua masalah lain-lain, yang ada duit tak ada masa, yang banyak masa tak cukup duit. Tapi I mampu dengar sajalah, hari-hari lain orang lain masalah, I tak boleh buat apa.
See, I'm not complaining, being 26 awesome, tapi banyaknya benda kena fikir. Ini pun untuk I yang hidup mudah, support system aka Mama and Ayah yang awesome, macamana kalau orang yang kena urus financial sendiri, ada hutang PTPTN, muda-muda nak kahwin, yang ada anak? HOW?
Bila fikir balik masalah I gemuk dan tak ada BF sahaja, tu pon tak ada BF bukan masalah I, masalah orang keliling yang sibuk nak suruh I kahwin. Haha.
Ni baru 26. 36, 46, 56? Kalau dipanjangkan umurlah.
Yang penting, didoakan hanya yang terbaik untuk semua, selalu, memang setiap masa pun.
No comments:
Post a Comment